Tuesday, 15 March 2016

Tanggungjawab Seorang Guru


Tanggungiawab terhadap Pelaiar

• Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain
• Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama
• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
• Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam- darjah sendiri atau dalam matapelajaran lain yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran
• Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar
• Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

• Menghormati tanggungiawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
• Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga
• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
• Memberikan maklumat kepada ibu-bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat vang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
• Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.


Tanggungiawab terhadap Masyarakat dan Negara

• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara
• Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungiawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
 • Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat
• Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

 Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan

• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru
• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru
• Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
 • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.
• Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak rnencemarkan nama baik profesion perguruan
• Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.



No comments:

Post a Comment