Sebagai golongan pendidik, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan lain-lain pegawai perkhidmatan pelajaran sewajarnya menunjukkan pakaian yang sesuai apabila bertugas di dalam atau di luar sekolah/maktab dan pejabat. Oleh hal yang demikian, di samping pakaian yang kemas dan bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuaian bagi guru-guru/pensyarah-pensyarah serta pegawai dan kakitangan perhidmatan pelajaran adalah penting,
Etika pemakaian bagi guru/pensyarah lelaki :
- Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher atau bush jacket atau lounge suit. Jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
- Kasut kulit atau lain-lain kasut sejenis dengannya.
- Pakaian baju Melayu lengkap dengan samping atau pakaian yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
- Pakaian baju Melayu dengan kain sarong, jeans, track suit, seluar pendek, kemeja t/sukan, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata tidak boleh dipakai.
Etika pemakaian bagi guru/pensyarah perempuan :
- Pakain kebangsaan dan pakaian kaum masing-masing serta lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.
- Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.
- Kasut sukan, jeans, slack, track suit, kemeja t/sukan, jersi, seluar pendek atau apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dan jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai,
No comments:
Post a Comment