Monday, 14 March 2016

Pembangunan profesional dan pengamalan refleksi

PENGENALAN
Pendidikan merupakan bidang professional yang dinamik. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi seseorang guru, guru memainkan peranan yang penting dari segi cara gaya, kemahiran, komitmen dan pendekatan pengajaran guru itu sendiri.

Maksud Pembangunan Profesional
  •  Bertujuan untuk mengekalkan dan mempertingkatkan kualiti guru dan peranan kepimpinan mereka.
  •  Usaha-usaha ke arah menimba pengalaman melalui kursus-kursus yang relevan untuk menjadikan guru lebih berupaya dari segi kompetensi dan seterusnya dapat membangun dalam kerjaya mereka.
Maksud Pengamalan Refleksi
  •  Guru sebagai pengamal refleksi dalam bidang pendidikan masa kini.
  • Guru sentiasa mempersoalkan amalan dan tindakannya sebagai seorang guru.
  • Tan et al (2003) merujuk amalan refleksi dalam pengurusannya sebagai “guru tahu apa yang dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukannya.

Antara isu-isu :
      1)  Guru tidak membuat refleksi
      2)      Penyalahgunaan masa
      3)      Guru malas untuk menyemak buku
      4)      Etika pemakaian guru sekolah
      5)      Guru menjual barang seperti kerepek, tudung, kek di dalam bilik guru
      6)      Guru lelaki merokok dalam tandas
      7)      Guru tidur dan bermain phone dalam bilik guru
      8)      Kurangnya semangat mengajar

Kesan-kesannya :
     1)      Guru tidak akan mengetahui apakah kelemahan dan keberkesanan kaedah pengajaran
     2)      Guru tidak patut memakai baju yang terlalu menjolok mata yang mana menyebabkan pelajar tidak dapat memberi perhatian
     3)      Sukatan pelajaran tidak dapat habis mengikut rancangan
     4)      Latihan tidak disemak
     5)      Pelajar tidak minat belajar

Kesimpulan
Profesion perguruan merupakan bidang yang semakin mencabar tetapi penuh makna. Guru merupakan saluran untuk menyampaikan ilmu kepada generasi akan dating agar mereka dapat menjadi modal insan yang berilmu, berwibawa bahkan sebagai tonggak negara kita pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment