Tuesday, 15 March 2016

Tanggungjawab Seorang Guru


Tanggungiawab terhadap Pelaiar

• Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain
• Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama
• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
• Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam- darjah sendiri atau dalam matapelajaran lain yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran
• Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar
• Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

• Menghormati tanggungiawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka
• Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga
• Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
• Memberikan maklumat kepada ibu-bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat vang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
• Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.


Tanggungiawab terhadap Masyarakat dan Negara

• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara
• Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungiawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
 • Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat
• Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

 Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan

• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru
• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru
• Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
 • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.
• Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak rnencemarkan nama baik profesion perguruan
• Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.



Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia



Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan prinsip-prinsip etika kerja bagi kakitangan dalam kementerian tersebut. Prinsip-prinsip etika kerja tersebut seperti berikut :

  • Berdisiplin dan Beradab
  • Penggerak ke Arah Kebaikan
  • Niat yang Betul
  • Perlakuan yang Baik
  • Menghargai dan Bertanggungjawab Hasil Usaha Organisasi
  • Mengotakan Apa yang dikatakan

Walaupun terdapat banyak nilai-nilai mulia, tetapi enam nilai utama yang menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai tersebut ialah amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi dan ikhlas.









Sajak Untuk Guru

Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.
Ami Masra
UPM Serdang
1988



Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang

1979

Etika Pemakaian Guru


Sebagai golongan pendidik, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan lain-lain pegawai perkhidmatan pelajaran sewajarnya menunjukkan pakaian yang sesuai apabila bertugas di dalam atau di luar sekolah/maktab dan pejabat. Oleh hal yang demikian, di samping pakaian yang kemas dan bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuaian bagi guru-guru/pensyarah-pensyarah serta pegawai dan kakitangan perhidmatan pelajaran adalah penting, 

Etika pemakaian bagi guru/pensyarah lelaki :
  • Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher atau bush jacket atau lounge suit. Jika baju berlengan panjang, tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.
  • Kasut kulit atau lain-lain kasut sejenis dengannya.
  • Pakaian baju Melayu lengkap dengan samping atau pakaian yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
  • Pakaian baju Melayu dengan kain sarong, jeans, track suit, seluar pendek, kemeja t/sukan, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar, kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata tidak boleh dipakai.

Etika pemakaian bagi guru/pensyarah perempuan :
  • Pakain kebangsaan dan pakaian kaum masing-masing serta lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata.
  • Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan.
  • Kasut sukan, jeans, slack, track suit, kemeja t/sukan, jersi, seluar pendek atau apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian dan jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai, 

Kod Etika Profesion Keguruan


Konsep Etika

  •        Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Perkataan ethic itu pula dari bahasa   Greek “ethos” yang bermaksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.
  •       Etika ialah satu system dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Kod Etika Profesion Keguruan


  ΓΌ  Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini juga dipunyai oleh profesion keguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. Di Malaysia, “Tatasusila Profesion Keguruan” yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya.





Monday, 14 March 2016

Pembangunan profesional dan pengamalan refleksi

PENGENALAN
Pendidikan merupakan bidang professional yang dinamik. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi seseorang guru, guru memainkan peranan yang penting dari segi cara gaya, kemahiran, komitmen dan pendekatan pengajaran guru itu sendiri.

Maksud Pembangunan Profesional
  •  Bertujuan untuk mengekalkan dan mempertingkatkan kualiti guru dan peranan kepimpinan mereka.
  •  Usaha-usaha ke arah menimba pengalaman melalui kursus-kursus yang relevan untuk menjadikan guru lebih berupaya dari segi kompetensi dan seterusnya dapat membangun dalam kerjaya mereka.
Maksud Pengamalan Refleksi
  •  Guru sebagai pengamal refleksi dalam bidang pendidikan masa kini.
  • Guru sentiasa mempersoalkan amalan dan tindakannya sebagai seorang guru.
  • Tan et al (2003) merujuk amalan refleksi dalam pengurusannya sebagai “guru tahu apa yang dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukannya.

Antara isu-isu :
      1)  Guru tidak membuat refleksi
      2)      Penyalahgunaan masa
      3)      Guru malas untuk menyemak buku
      4)      Etika pemakaian guru sekolah
      5)      Guru menjual barang seperti kerepek, tudung, kek di dalam bilik guru
      6)      Guru lelaki merokok dalam tandas
      7)      Guru tidur dan bermain phone dalam bilik guru
      8)      Kurangnya semangat mengajar

Kesan-kesannya :
     1)      Guru tidak akan mengetahui apakah kelemahan dan keberkesanan kaedah pengajaran
     2)      Guru tidak patut memakai baju yang terlalu menjolok mata yang mana menyebabkan pelajar tidak dapat memberi perhatian
     3)      Sukatan pelajaran tidak dapat habis mengikut rancangan
     4)      Latihan tidak disemak
     5)      Pelajar tidak minat belajar

Kesimpulan
Profesion perguruan merupakan bidang yang semakin mencabar tetapi penuh makna. Guru merupakan saluran untuk menyampaikan ilmu kepada generasi akan dating agar mereka dapat menjadi modal insan yang berilmu, berwibawa bahkan sebagai tonggak negara kita pada masa akan datang.